Saturday, November 5, 2011

Arafah



Esok, 10 Zulhijjah 1432 adalah hari wukuf di Padang Arafah.

Wukuf Di Arafah adalah salah satu Rukun Haji yang wajib disempurnakan kegagalan melaksanakannya tidak sah lah Haji seseorang itu.

Antara Rukun Haji yang lain adalah :-

1. Ihram

2. Wukuf di Arafah

3. Tawaf ifadah

4. Sa'i

5. Bercukur

6. Tertib sesuai dengan tuntutan manasik haji

Dan setahun lalu ketika aku dan keluarga bersama jutaan umat Islam yang ramai-ramai berkumpul di Padang Arafah, memohon keampunan atas segala keterlanjuran dan dosa dosa yang telah dilakukan. Saat itu akan terus terpahat di dalam ingatan.

Masih terasa cuaca dan angin Arafah menyapa kulit dan terus menyeliputi anggota seluruh badan acapkali di hidu udara Arafah.

Aku berdoa agar diberi peluang untuk ke sana lagi.

Tuesday, October 25, 2011

It should not end like this...

I think no matter what happens...be it the leader tu jahat ke or something else...jasa yang pernah diberi hanya akan jadi seperti lumpur yang tidak membawa erti bila perasaan benci menguasai diri tetapi sebagai umat Islam...tidak harus ia semua berakhir begini....yang pasti...tersenyum lebar...adalah yang menanti ini semua terjadi...

Walau apa pun yang pernah beliau lakukan..Semoga ALLAH memberi pengampunan kepada Muammar Gaddafi.

Al-Fatihah

Video footage shows 'Gaddafi's killer' - Africa - Al Jazeera English

It has been...

It has been a few days since aku last update blog nih....I've activated my FB but activating it just because wanted to upload my best friend/sister/sahabat departure to Mecca bagi mengerjakan ibadah Haji and this ignores me to update my blog....kasihan manggisboy@blogspot....

But i assure that i will try to update this one...tak kisah lah..walau hanya letak titik sahaja...as long as it keeps this blog alive :)

Ok until later...take care people :)

Friday, October 21, 2011

Langit Biru - Asmidar (Live @ Starmount Studio KL Full HD)

Lagu AZ yang terbaharu menjadi kegilaan ku tapi akhirnya tewas kepada lagu yang sangat cute ini...lirik yang mudah tapi sangat memberi makna...

Tuesday, October 11, 2011

Hambamu datang menyambut panggilan-Mu


Selamat mengerjakan ibadah haji buat seorang rakan, sahabat, kakak dan seorang insan yang sangat memahami dan senantiasa memberi nasihat dan kata kata perangsang.

Hanya Doa bagi mengiringi Puan Norliza Ishak atau lebih dikenali dan lebih mesra dengan Kak Liza yang dikala ini didalam perjalanan ke Tanah Suci Mekah bersama suami dan anak lelakinya agar dapat menjalani ibadah haji 1432H ini dengan tenang dan agar ibadah ini dipermudahkan urusan olehNYA.

Labbaik Allah humma labbaik…

Aku penuhi panggilan-Mu ya Allah ….

Labbaik la sharika laka labbaik…

Aku penuhi panggilan-Mu ya Allah dan tiada sekutu apapun bagi-Mu….

Innal hamda…Wan-ni’mata…

Sesungguhnya segala puji-pujian.. dan nikmat..

Laka walmulk…Laa sharika lak….

dan kerajaan… hanya kepunyaan-Mu yang tiada sekutu bagi-Mu



And he did it again!!


He might earned third placing @ Suzuka, Japan but this young German , Sebastian Vettel have earned him "THE" man of the speed track, FORMULA 1.


Sunday, October 9, 2011

Happy Birthday Mohd Imran



It's actually macam belated birthday untuk Imran or have i forgotten berapa kali dah sambut birthday Imran? Tapi kali ni Mohd Imran bukan keseorangan kerana sepupu Imran, Danish pun menyambut harijadinya.

Imran menyambut harijadi yang pertama manakala Danish pula harijadi yang kedua.

Meriah sambutan harijadi budak berdua ni and i can't remember having mine as exciting as theirs :)

To Mohd Imran, Selamat Harijadi..cepat berjalan dah setahun dah and selamat pandai bercakap , kami semua tak sabar nak lihat Imran pandai berjalan dan bercakap :) Pak Ngah tak larat nak dokong Imran sebab "kurrrsemangat" beratnya :)

Sayang dari Pak Ngah buat Mohd Imran Akbar Rizal

Friday, October 7, 2011

Having met...

Having met my kawan lama brings back memory like 15 tahun dahulu when i was last jumpa dia.

We were room mates of 8 people sometimes boleh jadi berbelas kalau dah nak periksa :). Perindu 1 Bilik 3022 to be precise.

Jadinya hari ni aku dapat sms kata dia ada dekat immigration centre sebab nak buat passport and wants to meet untuk minum2..well its still early dalam jam 11 pagi but i told him kalau nak jumpa dalam pukul 12.15 , aku bolehlah keluar awal sikit.

We meet, had lunch kat kedai mamak, borak2 pasal dulu and catch up with our lives before we proceed for Jumaat Prayers.

So this entry is for my room mates , Mohd Thalhatta Othman , semoga persahabatan ini akan terus berpanjangan insyaALLAH.




Islamic In My Heart Channel

This link, Islamic In My Heart Channel , I found in You Tube is very educational and you can save it or convert it to MP3 or Video that u can save to your handphone or tablets lah ..apa lah....and you can easily listen to it anywhere anytime :)

Tapi aku ni...terkial kial dok nak convert guna You Tube Downloader :)

Thursday, October 6, 2011

Re-Entry => Gudbye Gelo



Klaus this one for you.

I'm sure Gelo is Happy and enjoying herself "there"




Let's see what is inside :)

Ni dah consider malas lah ni....let's just see apa ada dalam drawer aku kat office ya...keadaan drawer memang macam tu...bukan dikemas semata-mata nak buat "N-3" ni :)

Bukan apa...sometimes aku wonder macam mana lah keadaan drawer orang lain kan...walaupun kengkadang...macam terperanjat tengok drawer diorang :)

So selamat "menganalisa" apa yang ada dalam drawer aku ni ya :)







Wednesday, October 5, 2011

"Penus Envy"

Kaaaaan...tajuk kali ini sangat...ermmm....i would say..." P WHAT????" ha ha ha..

I always love conversation or "gossipping" lepas lunch...I am a D.I.E. hard fan of "T.AP.A.U" so normally just tapau makanan for lunch dekat "lorong" office aku bawa balik office and enjoy the makanan tu.

And this is really interesting.."POIH" bukan nama sebenar..ha ha ha..had the opportunities to belajar kat States and dia pun berceritalah about her pengalaman belajar kat sana...how pronunciation yang kita "Malaysian" selalu cakap kalau kat sana mahu "KOMA" kalau those whites dengar...for example...any typical Malaysian will cakap "Connect" as "KONEK" gitulah bunyinya kan...as opposed to those mat salleh cakap "CONNECT" ...ha ha...some sentences kan...

Dan out of a sudden tiba-tiba "POIH" bukan nama sebenar cakap according to her pakar psikologi ...dia cakap kenapa wanita di Malaysia ni takut untuk "BERMADU" atau laki mereka kawin lain dan terpaksa berkongsi suami dengan orang lain adalah...jeng ... jeng ..jeng..."P.E.N.U.S. E.N.V.Y"!!! Ambik kaaaaaaaau...senyap kitorang kejap..then semua orang ketawa...ha ha ha..

Hmmm...tapi kan bila dipikir balik...ada juga benarnyakan....imagine kalau orang guna berus gigi kita....mestilah kalau kita tahu kita akan cakap "EUUWWWW....berus gigi aku....napa dia pakai?" haaa...macam tu lah...korang pikirlah ya apa sahaja "example" yang korang boleh fikirkan...

Tapi buat aku....sure malam ni aku akan tidur sambil gelak bila mengenangkan this topik..

Selamat Malam semua :)

What's hiding..dalam seluar :)

Jangan salah sangka dan jangan buat "interpretation" kamu sendiri sebelum membaca penjelasan aku :) .

"N3" kali ini adalah berkenaan dengan S.E.L.U.A.R. D.A.L.A.M!!

Kalian tahu tak Seluar Dalam juga secara tidak langsung memainkan peranan penting dalam menentukan emosi kita, tingkah laku dan perlakuan kita untuk hari tersebut?

Mungkin bagi aku...kerana setiap Seluar Dalam yang aku gunakan memberi semacam "semangat", inspirasi atau setidaknya memberi aku energy untuk memberikan 100% perhatian dalam urusan seharian.

Kelakar bukan...tapi cuba kalian fikirkan semula :)

Bagi aku...koleksi Seluar Dalam "Berkarakter" yang aku sudah ada memberi semua yang aku telah perkatakan di atas.

Seperti hari ini...aku terasa mahu T.E.R.B.A.N.G dan menyelamatkan manusia yang berada didalam kesusahan...kerana apa? Kerana Seluar Dalam yang aku pakai hari ini adalah Seluar Dalam " S.U.P.E.R.M.A.N" ...he he he... "cool" kan?

Baik lah....sambung kerja....and gambar Seluar Dalam "Berkarakter" akan dinaik muat malam ini...insyaALLAH.

P.E.A.C.E.!!!

Tuesday, October 4, 2011

Nikon D90 HD: 85mm - Shallow Depth of Field

I always wanted to make movies..well short movies for beginning..and i hope with D90 that i have now i can do that :)

Jadinya...pengarah filem kat Malaysia...watch out ya..here's coming a very talented "video maker" .... belum apa2 dah perasan :)

Enjoy this "19 second" shots from D90...but this one not from me lah :)

Free Your Mind :)

Catchy bagi aku title untuk hari ini :) Bukan apa...aku rasa itu adalah album untuk lagu yang buat masa ini menjadi "favorite" aku :) 2008 tahun lagu ini dilancarkan tapi sekiranya muzik itu ada jiwa akan terasa "relevan" sepanjang masa...jadi dengarkan lagu ini "H.E.A.V.E.N" dari Maliq & d'Essentials.

Ini adalah laman sesawang rasmi kumpulan pop jazz buat kalian layari http://www.maliqmusic.com/

Oh...lagi satu kumpulan yang sangat menarik perhatian aku adalah Abdul & The Coffee Theory..genre musik yang hampir sama...

Maaf kepada pemain musik Malaysia...bukan tidak sanjungi kalian...tapi mereka di Indonesia lebih nyata "passion" mereka terhadap musik yang mereka perjuangkan :)

Jadi enjoy this one.

Monday, October 3, 2011

Segala yang terjadi ada hikmahnya

Segala yang terjadi ada hikmahnya....dan apa yang terjadi malam semalam, 2/10/2011, 8.15mlm ada sebabnya...hanya DIA yang maha mengetahui tetapi untuk aku mencari kenapa semua ini terjadi...

video

Sunday, October 2, 2011

Labbaik Allah Humma Labbaik

Selamat Mengerjakan Ibadah Haji


KT07, 1 October 2011, Sabtu
***************************

Bersama Addy aku ke Kelana Jaya untuk menghantar atau meraikan kepergian Ayah kepada sahabat yang telah lama aku kenali, Syed Azmeer Waffa yang berangkat menyahut panggilanNYA untuk mengerjakan Ibadah Haji bagi tahun ini.

Tiada apa yang dapat aku katakan hanya air mata yang mengalir kerana aku dapat merasakan semua ini dan kerinduan yang datang semula tatkala mengingati bahawa aku juga berada di dalam situasi begini tahun lepas.

Kepada Pakcik Syed Ayoub, hanya Doa mengiringi pakcik ke Tanah Suci ...dan semoga ALLAH akan memelihara kesihatan pakcik di sana dan semoga dipermudahkan perjalanan pakcik.

Aku pulang...dan ingatan setahun dahulu kembali menerjah fikiran...

Aku rindu untuk kembali ke sana..

Geisha - Cinta Dan Benci

Cinta dan Benci...hanya permainan jiwa...terpulang...hanya hati yang dapat meneka dan perasaan yang akan terus berbunga :)



Tuesday, September 13, 2011

Air Mata

kesedihan yang dirasa...kesulitan yang dialami...segala ujian yang melanda...adalah ujian dariNYA...memberi kekuatan..hati sebak...pilu...tapi air mata ku...tiada...kering...mungkin kerana jiwa acapkali kecewa...

Tuhan..terus beri ku kekuatan...

Sunday, September 4, 2011

Syawal ke-6

Aku mula merasa seperti tidak sihat...demam barangkali...tidak ke mana-mana, hanya duduk bersantai di rumah.

Friday, September 2, 2011

Tuesday, August 30, 2011

D.i.a.m. - adalah lebih baik dari mengeluarkan kata kata yang hanya akan menyakiti hati orang lain

A month ago...

Sebulan lepas...entry aku adalah mengenai Ramadhan yang datang menjengah umatNYA...dan hari ini...ia pergi lagi sekali....bakal muncul semula tahun depan....hanya ALLAH yang tahu samada aku mampu bersua dengan Ramadhan lagi...tapi padaNYA aku akan terus memohon DOA agar perjalanan hidup ini akan senantiasa direstui olehNYA...terlalu banyak yang telah aku lalui....

ALHAMDULILLAH berkat doa dari keluarga..dikelilingi sahabat yang selalu memberi rangsangan dan dorongan dan kata kata semangat..aku harus terus tabah dan bersemangat mengharunginya...namun aku pasrah...aku hanya MANUSIA biasa yang bisa sahaja melakukan kesilapan dan kepadaNYA aku memohon keampunan...

Dan sempena kedatangan Syawal ini aku memohon ampun dan maaf kepada sesiapa sahaja yang mengenali aku selama ini atas keterlanjuran tuturkata dan kekasaran dalam kita bersahabat. Ampun Maaf dipinta dari hati yang tulus ikhlas .

Selamat Hari Raya Aidilfitri

dari

M.a.n.g.g.i.s.b.o.y ( 01:46am)

Esok ...erkk....hari ni dah raya :)

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan Kembali Lagi

Birthday Addy





Some of the pictures taken during Addy's birthday makan-makan @ Delicious, Bangsar Village II.

mb, 01:14

Selamat Hari Jadi Addy


Ucapan Selamat Hari Jadi buat seorang adik, teman dan sahabat.

Moga panjang umur, dimurahkan rezeki, diberi kesenangan dan kemudahan selalu oleh NYA.

Selamat Hari Jadi Addy.

Gold or not to Gold?

It was 10 or 15 years ago aku kerap juga menemankan office mate aku ke kedai emas kerana she likes to trade new gold for old ones that she had...and having the latest design :) and those time if i'm not mistaken the gold is only @ RM37 ringgit that was back then and me having bought my first gold :) well not really first lah...2nd time like that the first one was gelang for my mom for her birthday but this time my first ever gold!!!

We were @ the same Habib Jewel Bangsar Village 1 or 2 months back and masa tu 1 gram cost only RM177 sahaja and last thursday ( kena bubuh date ni...28.7.2011 ) that same gold dah naik to RM188!!!! Imagine in one(1) month dah naik...ermm...6.21%!!! and bila aku kira semula peratusan naiknya harga emas ini dari RM37.50 ke RM188 dah lebih kurang 500%!!!!

Tapi takpe sebab atas dorongan LI dan juga niat untuk mula mengumpul emas aku teruskan jugak walaupun hasrat awal adalah untuk membeli yang hanya 5 gram sahaja..tapi atas desakan..waaaah!!! desakan...he he he...tapi juga atas kiraan aku bahawa lebih baik beli 10 gram dari 5gram aku teruskan juga...dan akhirnya...aku mendapat emas pertama aku :)

Dan menurut pemerhatian emas ni akan dijangka naik ke angka RM200 awal tahun ini!!!

Baiklah dibawah adalah Emas pertama yang aku beli dan insyaALLAH many more will come :)





Itu sahaja buat masa ini diluar guruh sudah mula berdentum..mungkin akan hujan ....mungkin juga tidak...walau apa pun selamat malam semua...tidor lena ya.

Assalamualaikum.

MB, 00:37

Tuesday, July 5, 2011

Happy

There are so many things that can make you or gives you this happy feelings :) Some you know the reason but there are a few that words can't explain..perasaan gembira itu datang secara tanpa disedari dan perasaan itu ada pada diri aku hari ini.

Dan ia terus memberi perasaan gembira pada diri ku :)

Sungguh, sampai ke saat ini...moga ia akan terus mekar didalam diri ku..InsyaALLAH.

Selamat Malam kepada kalian dan semoga hidup kalian terus diberkati oleh NYA.

Assalamualikom dan tidor lena.

11:33pm

Joe Ashkar - Habibet Alby / جو أشقر - حبيبة قلبي

And i am so loving this video...it gives good feeling listening to the melody :)

Sunday, July 3, 2011

"Kasih Ibu"

3rd July 1944

Hari ini 67 tahun yang lalu Emak ku dilahirkan.

Selamat Hari Lahir Emak.

Terima kasih kerana membesarkan dan terus terusan memberi kasih sayang yang tiada hentinya.

Hanya ALLAH SWT sahaja yang dapat membalas segala yang telah Emak berikan kepada kami semua.

Sayang Emak.

23:06

Saturday, July 2, 2011

13+

13+ ( thirteen plus ) ...some numbers kan...to some people this is a lucky number for them while others might only say this is just a number but for me...this is the number of how many Cik Menti yang kami ( kami = aku+2 adik lelaki ku ) berjaya halau dari stor rumah mak kami dan kami sama sama berusaha untuk mengemaskan stor rumah mak kami...dan memang kami tahu bahawa dalam stor ni memang ada Cik Menti :) .

Pada Hari Khamis lepas ( 30/06/2011 ) tatkala aku mahu "switch off" lampu stor tapi sebelum aku switch off the lights i took a peep to the stor and guess what, its not only me trying to peep inside but i saw 2 Cik Menti doing the same thing and looking straight back at me...ha ha ha...tenung jangan tak tenung...

Dan pada hari ini, 2 Julai 2011, operasi mengemas dan "memerangi" koloni Cik Menti ini pun bermula :)

Operasi bermula lebih kurang jam 3.30 petang...aku dan abid ( adik lelaki ku ) sama sama mengerja dan mengemas stor ini dan selang beberapa minit larilah se-ekor Cik Menti menyelamatkan diri. Kami sebelum itu telah membuat kepungan di luar pintu stor dengan menyusun papan dan apa sahaja agar bila Cik Menti ini lari keluar dari stor ini ia tidak akan terus ke dapur sebaliknya akan terus menuju ke luar rumah...idea yang bernas tapi amat memenatkan kerana tiap kali Cik Menti ini lari kami akan membetulkan semula kepungan ini.

Operasi ini mengambil masa selama 3 jam untuk mengemas sambil menghalau keluar Cik Menti tapi kami terlepas 2 ekor yang berjaya memboloskan diri mereka dari kepungan dan menyorok didapur...tak tahu lah mana depa menyorok.

Ketika Cik Menti yang ke 5 lari keluar kami ingat hanya setakat itu sahaja Cik Menti yang berumah di dalam Stor itu tetapi apabila se-ekor demi se-ekor keluar menyelamatkan diri dan lari lintang pukang ke luar rumah dan setiap kali itu jugalah aku membilang sehingga yang ke 13 atau mungkin lebih .

Macam macam perangai lucu ketika operasi ini dilakukan dan akhirnya operasi ke-2 iaitu operasi mengemas dan menyusun semula barang-barang distor dilakukan oleh emak dan kebat ( adik lelaki ku yang seorang lagi ).

Semua ini terasa amat memenatkan tapi "reward" yang kami dapat selepas itu iaitu makan malam adalah berlaukkan masak lemak perut dengan nangka dan sambal ikan..perrggghhh...amat berbaloi dengan kepenatan siang tadi.

Begitulah hari sabtu yang aku lalui, hari sabtu yang amat berbeda :) tapi akan terus diingati.

Baiklah..itu sahaja buat masa ini...tapi peperangan ini akan diteruskan tapi akan disambung oleh "Pest Control" company yang akan kami cari untuk penyelesaian terakhir.

Selamat Malam semua, ingat sayangi diri anda terlebih dahulu sebelum menyerahkan kasih sayang anda kepada orang lain :)

Manggisboy signing off for now.

Note :-

Cik Menti = t.i.k.u.s

Saturday / 22:42pm

Friday, July 1, 2011

2 In 1

Title di atas sudah menunjukkan bahawa dah lama aku tak update cerita dan jalan paling senang adalah masukkan 2 cerita sekaligus :)

1. Bag LV ( Title kan main kaaaan..he he he )

First Time aku tengok beg ni dari jauh lah....masa drive ke tempat wash car ( aku sekarang ni sangat malas nak basuh kereta tapi disebabkan ada pilihan...bayar aje lah )

Aku ni sebenarnya suka mengumpuk paper bag lah...dan sekarang ni aku suka mengumpul these bag yang made from i guess plastic tapi yang tebal sikit. Dijadikan cerita hari Rabu lepas i.e. 29/06/2011 setelah menahan "Gelora" ha ha ha selama 3 hari dari hari aku lihat bag ni tergantung kat kedai , cepat-cepat aku drive balik dan terus singgah ke kedai ni ( sebenarnya ini adalah kali pertama aku ke kedai ni dan tak sangka kedai ini menjual peralatan alat tulis )



2. Kasut Baru

Dah lama sebenarnya aku tak beli kasut baru dan pada hari Ahad lepas selepas bershopping di Carrefour dengan Mak dan Addy , kami pun singgah lah ke kedai BATA yang terletak dibawah Carrefour Ampang ni.

Design bagi aku sangat menarik, dan bila kasut ini disarungkan pada kaki aku, ternyata sangat lembut dan sangat selesa memakainya. Apa lagi aku pun teruslah ambil saiz 6. Si Addy terkial kial cuba saiz 11..walhal saiz tu memang tak muat untuk kaki dia yang bersaiz "Dianasour" he he he....sorry Addy u got to kecikkan your kaki :)

Lihat Kasut baru aku dibawah :-



Itu lah sahaja cerita 2 in 1 buat masa ini.

Aku harap dapat terus update blog ini sekerap yang mungkin tapi bergantung pada mood dan situasi :)

Jaga diri dan selamat berhujung minggu :)

Tuesday, June 21, 2011

Malam ini


Bermula lah episod "perang" antara aku atau pun seluruh keluargaku terhadap cik "menti".

Hari ini balik dari kerja tatkala aku masuk kedalam ruang dapur bau cik "menti" terus "menangkap" deria hidu aku.

"Ini tak boleh jadi ni" kataku dalam hati

Hendak dijadikan cerita "peluru" yang akan digunakan untuk "menyerang" cik "menti" ini telah dibeli oleh sahabat baik ku, Kak Liza tetapi telah tersimpan agak lama tetapi disebabkan tidak tahan dengan "perlakuan" cik "menti" PEPERANGAN harus dimulakan malam ini.

Harapan agar ia akan berakhir dengan pantas :)

Monday, June 20, 2011

Lapar Maggie.

Perjalanan pulang dari kerja hari ni agak berlainan.

Tahu kenapa?

Sebabnya dari mula aku naik kenderaan melalui DUKE highway sehinggalah sampai kerumah...hanya perkataan " Nak makan maggielah" yang bermain dalam fikiran aku :)

Seharusnya apabila sampai sahaja kerumah...melihat emak dan adik ku berbuka puasa terus aku berkata :

" Lapar Maggielah" kata ku
"Tak elok makan maggie" emak berkata
"Takpe lah mak, hari ni je " aku menjawab

Tanpa bertukar pakaian terus aku mengambil bahan bahan yang aku gunakan untuk memasak maggie :)

Lengkap..dan ketika aku hendak menumis bawang adikku memberitahu bahawa maggie yang aku nak masak sudah tamat tempoh luputnya.

" Haaa...dah expired? Alaaaa...baru sebulan je expired" kata ku sambil melihat tanda luput pada bungkusan maggie yang tertulis 20/5/2011.

He he he...aku peduli apa..."upacara" menumis dan memasak maggie aku teruskan .

Akhirnya malam ini aku berjaya menghabiskan semangkuk maggie yang telah tamat tempoh luputnya bersama bantuan anak buah ku..ha ha ha...

Selamat Makan maggie :)

Saturday, June 18, 2011

Segalanya Bermula Di Sini

Begitulah "tagline" stesen TV Terbaharu yang dilancar dan dipancarkan melalu saluran 114 ASTRO. Kini Umat Islam tidak lagi boleh berdalih dengan mengatakan mereka tiada pilihan untuk menonton rancangan yang berteraskan Islam dengan adanya saluran TV ALHIJRAH ini.

Ini adalah mengapa TV ALHIJRAH ini diwujudkan dan petikan ini adalah dari Laman sesawang TV HIJRAH sendiri :-

Tujuan Penubuhan TV AlHijrah
  • Sebagai sebuah stesen yang menyatupadukan ummah serta memupuk perpaduan masyarakat majmuk sepertimana yang dianjurkan Islam.
  • Sebagai sebuah media yang merangsang dan menggerakkan ekonomi ummah mengikut acuan Islam.
  • Untuk memperkenalkan kepada masyarakat majmuk; Islam yang cantik, menarik dan indah serta Islam sebagai “way of life”.
  • Untuk membentuk akhlak dan moral serta peribadi mulia masyarakat terutama golongan muda dan remaja.
  • Untuk menangkis propaganda buruk terhadap Islam dari dalam dan luar negara.
  • Untuk menyebarkan kandungan Islam ke peringkat serantau dan antarabangsa dan juga menjadikan Malaysia sebagai hub kandungan Islam.
Aku berpeluang menonton saluran ini dan Alhamdulillah ia seakan menarik perhatian aku dangan susunan rancangan yang amat menarik.

Semoga matlamat TV HIJRAH ini akan menjadi realiti dan dapat menarik lebih ramai umat Islam untuk berHIJRAH dan menonton saluran 114 ini.

Dengan itu dan memetik kata "tagline" TV ALHIJRAH ini... " SEGALANYA BERMULA DI SINI"

Selamat Malam dan Assalamualaikum.

TV ALHIJRAH

Tuesday, June 14, 2011

5-5D-22

Hari ini adalah hari ke-3 abah aku masuk hospital, HUKM . Doktor Pakar masih tidak dapat mengenal pasti apa punca kesakitan yang bapa aku alami sekarang ini. Semuanya bermula pada hari Rabu lepas tanggal 8 Jun 2011 di mana abahku mengadu demam dan sakit pinggang...sakit yang sama semasa kami mengerjakan Haji tahun lepas, 2010 dan ia berulang semula namun ALHAMDULILLAH ia berlaku di sini kerana banyak Hospital yang boleh diminta pandangan dan rawatan.

Dan ia berulang semula pada hari Ahad di mana abah ku mengadu Cirit Birit dan kami menghabiskan masa minggu di HUKM untuk mendapatkan kepastian dari Doktor bertugas apa sebenarnya yang berlaku dan jalan penyelesaian adalah untuk abah ku didaftar dan ditahan diwad HUKM untuk pemeriksaan lanjut.

Hari ke-3 disini doktor pakar merasakan ia bukan berpunca dari batu karang atau apa jua kemungkinan yang menyebabkan sakit ini namun abah aku akan terus ditahan dan diberi rawatan yang sesuai agar cepat sembuh.

Doa aku dan adik beradik agar abah cepat sembuh dan kuat kan semangat agar semua ini akan berakhir.

Nota kaki :-

Terima Kasih untuk adik beradik aku yang tidak lelah untuk berganti menjaga abah. Dan terimakasih buat addy kerana "bercuti" bersama bersama kami pada hari Ahad ( 12/6/2011 ) lepas di HUKM :)

Thursday, June 9, 2011

INTERLOK



Pernah menggemparkan negara kita oleh kaum India yang mengatakan bahawa buku ini merendahkan martabat mereka sebagai kaum India jadi aku pun cuba mendapatkan buku ini tapi disebabkan terlalu banyak bangkangan dari kaum ini buku Interlok ini tidak dapat diedarkan di Sekolah Menengah sebagai buku rujukan untuk pelajar tingkatan 5.

Tapi setelah cuba bertanya dengan rakan dan sesiapa sahaja yang ada naskah ini akhirnya aku mendapat naskah asal ( seperti yang kita semua sedia maklum...naskah ini telah diubahsuai dan disusun semula beberapa ayat yang tidak menyinggung perasaan kaum India) . Terima Kasih kepada beliau kerana memberi aku naskah ini untuk mencari jawapan mengapa ia sangat sensitif kepada kaum India.

Masih dimuka surat 181 aku harap dapat menghabiskan naskah yang setebal 418 muka surat ini dan membuat kesimpulan sendiri berdasarkan pemahaman aku terhadap naskah yang telah dikarang oleh Sasterawan Negara Dato' Abdullah Hussain ini.

Tuesday, June 7, 2011

Terima Kasih Sahabat

U know wat? It's good to have a "Sahabat" or "Best Friend".

Aku punya seorang yang amat memahami. Selalu memberi perangsang dan dorongan. Kami ketawa tanpa menghiraukan orang sekeliling tapi yang paling menariknya jika salah seorang dari kami menangis menceritakan perit jerih, kekecewaan dan segala yang tidak sepatutnya berlaku , seorang lagi akan terus memberi kata semangat..i mean susah untuk digambarkan dengan perkataan tapi jika kalian pernah melaluinya atau mempunyai seorang "sahabat" atau "best friend" pasti kalian tahu apa yang aku maksudkan. Dan keakraban kami selalu disalah ertikan dan apa yang aku lakukan? Ketawa...benar...hanya ketawa sambil memikirkan bahawa betapa "dungunya" malah cetek pemikiran mereka :)

Dan hari ini...bukan sekali aku menyuarakan perasaan kecewanya diri aku terhadap sesetengah manusia yang tidak punya budi bahasa tapi aku hairan dan membuat kesimpulan bahawa aku tidak perlu menjadi seperti mereka yang punya taraf pendidikan yang tinggi tapi tidak punya sekelumit perasaan berterimakasih terhadap apa yang telah dilakukan kepada mereka.

Terima Kasih "Sahabat" atau "Best Friend" kerana selalu memberi nasihat , selalu memberi kata kata semangat bahawa apa yang berlaku adalah suatu hikmat yang kelak akan menjadikan aku seorang manusia yang lebih mengerti erti kemanusian dan persahabatan.

Cukup untuk kali ini dan kita akan bersua semula InsyaALLAH.

Selamat Malam dan ingat tiada yang lebih menyayangi diri kalian melainkan keluarga dan diri kalian sendiri :)

Ku berjanji kerna Cinta

Diambil dari tajuk lagu Anuar Zain " Ku Berjanji Kerna Cinta" harus aku katakan antara lagu yang sangat aku gemari bukan kerana ada kaitan dengan diri aku tapi melodi dan juga susun kata dari lagu ini yang amat membuai rasa :)

Ok lah....ada lah sedikit kaitan dengan diri aku :) . Bohong jika aku berkata yang aku tidak pernah jatuh cinta atau mungkin ada sedikit cinta yang hadir kedalam diriku tapi berdasarkan segala pengalaman yang pernah aku lalui , aku tidak pernah mengambil acuh tidak acuh dengan CINTA kerana ia bukan sahaja memberi inspirasi kepada diri aku malah semacam memberi semangat untuk aku terus hidup , mengetahui selain dari NYA, keluarga dan sahabat yang amat aku sayangi tapi ada insan lain yang menyayangi diriku :)

Tapi sering aku memikirkan adakah perlu kita ucapkan perkataan "CINTA" atau "SAYANG" sekerap yang mungkin agar dia , yang kita sayangi tahu bahwa tiada "CINTA" lain selain kepada dirinya :)

Terpulang, tapi bagi diri aku itu semua tidak perlu kerana aku tahu perasaan "CINTA" itu akan selalu mekar tiap kali mengenangkan dirinya.

Jaga diri , hiasi peribadi dan ingat bahawa "CINTA" adakalanya datang tanpa dipaksa tapi bukankah akal dan fikiran dicipta untuk kita memikirkannya samada "is is worth it?"

Renung renungkan :)

Manggisboy signing off for now.

POKOK



Tidakkah Bahasa Melayu itu INDAH?

" Tanya sama pokok
Apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah kau masih ada "

Monday, June 6, 2011

Re-Visit :)


Sudah terlalu lama meninggalkan blog ini...aku bukanlah seorang yang sangat "addicted" untuk menulis didalam blog...meluahkan apa yang aku rasa..berkongsi idea..mahupun berkongsi rahsia :) mungkin terlalu kuat pengaruh "Muka Buku" mana taknya...semua yang seseorang "bloggers" perlukan ada didalam "Muka buku" malah...bagi aku...mempunyai tarikan dan mungkin pengaruh yang lebih hebat dan lebih luas disamping mempunyai rantaian pengikut samada yang kita kenali mahupun tidak.

Tapi aku rasa ada perbezaan antara dua dan aku tahu kalian semua tahu . Mungkin jawapan kita berbeza tapi mempunyai maksud yang sama.

Jadi aku rasa cukup sudah apa yang telah aku "luahkan" di dalam "muka buku" kini aku kembali...kembali untuk "berasmara" di dalam blog aku ini :)

Blog in perlu melalui sedikit pembaharuan agar terasa "Fresh" ..jadi...tunggu "kemunculan" semula the "Manggisboy"

Akhir penutup bicara..jaga diri kalian dengan sebaiknya kerna belum tentu ada orang lain yang dapat menjaga seperti mana kalian menjaga diri kalian sendiri :)

Ingat walau apa pun yang terjadi..Manggisboy tetap akan selalu mengingati kalian :)

Selamat Malam dan Assalamualaikum

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin