Sunday, October 2, 2011

Selamat Mengerjakan Ibadah Haji


KT07, 1 October 2011, Sabtu
***************************

Bersama Addy aku ke Kelana Jaya untuk menghantar atau meraikan kepergian Ayah kepada sahabat yang telah lama aku kenali, Syed Azmeer Waffa yang berangkat menyahut panggilanNYA untuk mengerjakan Ibadah Haji bagi tahun ini.

Tiada apa yang dapat aku katakan hanya air mata yang mengalir kerana aku dapat merasakan semua ini dan kerinduan yang datang semula tatkala mengingati bahawa aku juga berada di dalam situasi begini tahun lepas.

Kepada Pakcik Syed Ayoub, hanya Doa mengiringi pakcik ke Tanah Suci ...dan semoga ALLAH akan memelihara kesihatan pakcik di sana dan semoga dipermudahkan perjalanan pakcik.

Aku pulang...dan ingatan setahun dahulu kembali menerjah fikiran...

Aku rindu untuk kembali ke sana..

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin