Saturday, July 2, 2011

13+

13+ ( thirteen plus ) ...some numbers kan...to some people this is a lucky number for them while others might only say this is just a number but for me...this is the number of how many Cik Menti yang kami ( kami = aku+2 adik lelaki ku ) berjaya halau dari stor rumah mak kami dan kami sama sama berusaha untuk mengemaskan stor rumah mak kami...dan memang kami tahu bahawa dalam stor ni memang ada Cik Menti :) .

Pada Hari Khamis lepas ( 30/06/2011 ) tatkala aku mahu "switch off" lampu stor tapi sebelum aku switch off the lights i took a peep to the stor and guess what, its not only me trying to peep inside but i saw 2 Cik Menti doing the same thing and looking straight back at me...ha ha ha...tenung jangan tak tenung...

Dan pada hari ini, 2 Julai 2011, operasi mengemas dan "memerangi" koloni Cik Menti ini pun bermula :)

Operasi bermula lebih kurang jam 3.30 petang...aku dan abid ( adik lelaki ku ) sama sama mengerja dan mengemas stor ini dan selang beberapa minit larilah se-ekor Cik Menti menyelamatkan diri. Kami sebelum itu telah membuat kepungan di luar pintu stor dengan menyusun papan dan apa sahaja agar bila Cik Menti ini lari keluar dari stor ini ia tidak akan terus ke dapur sebaliknya akan terus menuju ke luar rumah...idea yang bernas tapi amat memenatkan kerana tiap kali Cik Menti ini lari kami akan membetulkan semula kepungan ini.

Operasi ini mengambil masa selama 3 jam untuk mengemas sambil menghalau keluar Cik Menti tapi kami terlepas 2 ekor yang berjaya memboloskan diri mereka dari kepungan dan menyorok didapur...tak tahu lah mana depa menyorok.

Ketika Cik Menti yang ke 5 lari keluar kami ingat hanya setakat itu sahaja Cik Menti yang berumah di dalam Stor itu tetapi apabila se-ekor demi se-ekor keluar menyelamatkan diri dan lari lintang pukang ke luar rumah dan setiap kali itu jugalah aku membilang sehingga yang ke 13 atau mungkin lebih .

Macam macam perangai lucu ketika operasi ini dilakukan dan akhirnya operasi ke-2 iaitu operasi mengemas dan menyusun semula barang-barang distor dilakukan oleh emak dan kebat ( adik lelaki ku yang seorang lagi ).

Semua ini terasa amat memenatkan tapi "reward" yang kami dapat selepas itu iaitu makan malam adalah berlaukkan masak lemak perut dengan nangka dan sambal ikan..perrggghhh...amat berbaloi dengan kepenatan siang tadi.

Begitulah hari sabtu yang aku lalui, hari sabtu yang amat berbeda :) tapi akan terus diingati.

Baiklah..itu sahaja buat masa ini...tapi peperangan ini akan diteruskan tapi akan disambung oleh "Pest Control" company yang akan kami cari untuk penyelesaian terakhir.

Selamat Malam semua, ingat sayangi diri anda terlebih dahulu sebelum menyerahkan kasih sayang anda kepada orang lain :)

Manggisboy signing off for now.

Note :-

Cik Menti = t.i.k.u.s

Saturday / 22:42pm

2 comments:

addyaholix said...

pastikan nanti masa tengah makan dah takde bunyi-bunyi aneh belakang almari lagi ok. :P

M.A.N.G.G.I.S.B.O.Y said...

Addy

tiada bunyi bunyi yang tidak sepatutnya..tapi amat merisaukan kerana masih ada lagi 2 ekor yang tidak dapat ditangkap .

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin