Tuesday, June 21, 2011

Malam ini


Bermula lah episod "perang" antara aku atau pun seluruh keluargaku terhadap cik "menti".

Hari ini balik dari kerja tatkala aku masuk kedalam ruang dapur bau cik "menti" terus "menangkap" deria hidu aku.

"Ini tak boleh jadi ni" kataku dalam hati

Hendak dijadikan cerita "peluru" yang akan digunakan untuk "menyerang" cik "menti" ini telah dibeli oleh sahabat baik ku, Kak Liza tetapi telah tersimpan agak lama tetapi disebabkan tidak tahan dengan "perlakuan" cik "menti" PEPERANGAN harus dimulakan malam ini.

Harapan agar ia akan berakhir dengan pantas :)

Monday, June 20, 2011

Lapar Maggie.

Perjalanan pulang dari kerja hari ni agak berlainan.

Tahu kenapa?

Sebabnya dari mula aku naik kenderaan melalui DUKE highway sehinggalah sampai kerumah...hanya perkataan " Nak makan maggielah" yang bermain dalam fikiran aku :)

Seharusnya apabila sampai sahaja kerumah...melihat emak dan adik ku berbuka puasa terus aku berkata :

" Lapar Maggielah" kata ku
"Tak elok makan maggie" emak berkata
"Takpe lah mak, hari ni je " aku menjawab

Tanpa bertukar pakaian terus aku mengambil bahan bahan yang aku gunakan untuk memasak maggie :)

Lengkap..dan ketika aku hendak menumis bawang adikku memberitahu bahawa maggie yang aku nak masak sudah tamat tempoh luputnya.

" Haaa...dah expired? Alaaaa...baru sebulan je expired" kata ku sambil melihat tanda luput pada bungkusan maggie yang tertulis 20/5/2011.

He he he...aku peduli apa..."upacara" menumis dan memasak maggie aku teruskan .

Akhirnya malam ini aku berjaya menghabiskan semangkuk maggie yang telah tamat tempoh luputnya bersama bantuan anak buah ku..ha ha ha...

Selamat Makan maggie :)

Saturday, June 18, 2011

Segalanya Bermula Di Sini

Begitulah "tagline" stesen TV Terbaharu yang dilancar dan dipancarkan melalu saluran 114 ASTRO. Kini Umat Islam tidak lagi boleh berdalih dengan mengatakan mereka tiada pilihan untuk menonton rancangan yang berteraskan Islam dengan adanya saluran TV ALHIJRAH ini.

Ini adalah mengapa TV ALHIJRAH ini diwujudkan dan petikan ini adalah dari Laman sesawang TV HIJRAH sendiri :-

Tujuan Penubuhan TV AlHijrah
  • Sebagai sebuah stesen yang menyatupadukan ummah serta memupuk perpaduan masyarakat majmuk sepertimana yang dianjurkan Islam.
  • Sebagai sebuah media yang merangsang dan menggerakkan ekonomi ummah mengikut acuan Islam.
  • Untuk memperkenalkan kepada masyarakat majmuk; Islam yang cantik, menarik dan indah serta Islam sebagai “way of life”.
  • Untuk membentuk akhlak dan moral serta peribadi mulia masyarakat terutama golongan muda dan remaja.
  • Untuk menangkis propaganda buruk terhadap Islam dari dalam dan luar negara.
  • Untuk menyebarkan kandungan Islam ke peringkat serantau dan antarabangsa dan juga menjadikan Malaysia sebagai hub kandungan Islam.
Aku berpeluang menonton saluran ini dan Alhamdulillah ia seakan menarik perhatian aku dangan susunan rancangan yang amat menarik.

Semoga matlamat TV HIJRAH ini akan menjadi realiti dan dapat menarik lebih ramai umat Islam untuk berHIJRAH dan menonton saluran 114 ini.

Dengan itu dan memetik kata "tagline" TV ALHIJRAH ini... " SEGALANYA BERMULA DI SINI"

Selamat Malam dan Assalamualaikum.

TV ALHIJRAH

Tuesday, June 14, 2011

5-5D-22

Hari ini adalah hari ke-3 abah aku masuk hospital, HUKM . Doktor Pakar masih tidak dapat mengenal pasti apa punca kesakitan yang bapa aku alami sekarang ini. Semuanya bermula pada hari Rabu lepas tanggal 8 Jun 2011 di mana abahku mengadu demam dan sakit pinggang...sakit yang sama semasa kami mengerjakan Haji tahun lepas, 2010 dan ia berulang semula namun ALHAMDULILLAH ia berlaku di sini kerana banyak Hospital yang boleh diminta pandangan dan rawatan.

Dan ia berulang semula pada hari Ahad di mana abah ku mengadu Cirit Birit dan kami menghabiskan masa minggu di HUKM untuk mendapatkan kepastian dari Doktor bertugas apa sebenarnya yang berlaku dan jalan penyelesaian adalah untuk abah ku didaftar dan ditahan diwad HUKM untuk pemeriksaan lanjut.

Hari ke-3 disini doktor pakar merasakan ia bukan berpunca dari batu karang atau apa jua kemungkinan yang menyebabkan sakit ini namun abah aku akan terus ditahan dan diberi rawatan yang sesuai agar cepat sembuh.

Doa aku dan adik beradik agar abah cepat sembuh dan kuat kan semangat agar semua ini akan berakhir.

Nota kaki :-

Terima Kasih untuk adik beradik aku yang tidak lelah untuk berganti menjaga abah. Dan terimakasih buat addy kerana "bercuti" bersama bersama kami pada hari Ahad ( 12/6/2011 ) lepas di HUKM :)

Thursday, June 9, 2011

INTERLOK



Pernah menggemparkan negara kita oleh kaum India yang mengatakan bahawa buku ini merendahkan martabat mereka sebagai kaum India jadi aku pun cuba mendapatkan buku ini tapi disebabkan terlalu banyak bangkangan dari kaum ini buku Interlok ini tidak dapat diedarkan di Sekolah Menengah sebagai buku rujukan untuk pelajar tingkatan 5.

Tapi setelah cuba bertanya dengan rakan dan sesiapa sahaja yang ada naskah ini akhirnya aku mendapat naskah asal ( seperti yang kita semua sedia maklum...naskah ini telah diubahsuai dan disusun semula beberapa ayat yang tidak menyinggung perasaan kaum India) . Terima Kasih kepada beliau kerana memberi aku naskah ini untuk mencari jawapan mengapa ia sangat sensitif kepada kaum India.

Masih dimuka surat 181 aku harap dapat menghabiskan naskah yang setebal 418 muka surat ini dan membuat kesimpulan sendiri berdasarkan pemahaman aku terhadap naskah yang telah dikarang oleh Sasterawan Negara Dato' Abdullah Hussain ini.

Tuesday, June 7, 2011

Terima Kasih Sahabat

U know wat? It's good to have a "Sahabat" or "Best Friend".

Aku punya seorang yang amat memahami. Selalu memberi perangsang dan dorongan. Kami ketawa tanpa menghiraukan orang sekeliling tapi yang paling menariknya jika salah seorang dari kami menangis menceritakan perit jerih, kekecewaan dan segala yang tidak sepatutnya berlaku , seorang lagi akan terus memberi kata semangat..i mean susah untuk digambarkan dengan perkataan tapi jika kalian pernah melaluinya atau mempunyai seorang "sahabat" atau "best friend" pasti kalian tahu apa yang aku maksudkan. Dan keakraban kami selalu disalah ertikan dan apa yang aku lakukan? Ketawa...benar...hanya ketawa sambil memikirkan bahawa betapa "dungunya" malah cetek pemikiran mereka :)

Dan hari ini...bukan sekali aku menyuarakan perasaan kecewanya diri aku terhadap sesetengah manusia yang tidak punya budi bahasa tapi aku hairan dan membuat kesimpulan bahawa aku tidak perlu menjadi seperti mereka yang punya taraf pendidikan yang tinggi tapi tidak punya sekelumit perasaan berterimakasih terhadap apa yang telah dilakukan kepada mereka.

Terima Kasih "Sahabat" atau "Best Friend" kerana selalu memberi nasihat , selalu memberi kata kata semangat bahawa apa yang berlaku adalah suatu hikmat yang kelak akan menjadikan aku seorang manusia yang lebih mengerti erti kemanusian dan persahabatan.

Cukup untuk kali ini dan kita akan bersua semula InsyaALLAH.

Selamat Malam dan ingat tiada yang lebih menyayangi diri kalian melainkan keluarga dan diri kalian sendiri :)

Ku berjanji kerna Cinta

Diambil dari tajuk lagu Anuar Zain " Ku Berjanji Kerna Cinta" harus aku katakan antara lagu yang sangat aku gemari bukan kerana ada kaitan dengan diri aku tapi melodi dan juga susun kata dari lagu ini yang amat membuai rasa :)

Ok lah....ada lah sedikit kaitan dengan diri aku :) . Bohong jika aku berkata yang aku tidak pernah jatuh cinta atau mungkin ada sedikit cinta yang hadir kedalam diriku tapi berdasarkan segala pengalaman yang pernah aku lalui , aku tidak pernah mengambil acuh tidak acuh dengan CINTA kerana ia bukan sahaja memberi inspirasi kepada diri aku malah semacam memberi semangat untuk aku terus hidup , mengetahui selain dari NYA, keluarga dan sahabat yang amat aku sayangi tapi ada insan lain yang menyayangi diriku :)

Tapi sering aku memikirkan adakah perlu kita ucapkan perkataan "CINTA" atau "SAYANG" sekerap yang mungkin agar dia , yang kita sayangi tahu bahwa tiada "CINTA" lain selain kepada dirinya :)

Terpulang, tapi bagi diri aku itu semua tidak perlu kerana aku tahu perasaan "CINTA" itu akan selalu mekar tiap kali mengenangkan dirinya.

Jaga diri , hiasi peribadi dan ingat bahawa "CINTA" adakalanya datang tanpa dipaksa tapi bukankah akal dan fikiran dicipta untuk kita memikirkannya samada "is is worth it?"

Renung renungkan :)

Manggisboy signing off for now.

POKOK



Tidakkah Bahasa Melayu itu INDAH?

" Tanya sama pokok
Apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah kau masih ada "

Monday, June 6, 2011

Re-Visit :)


Sudah terlalu lama meninggalkan blog ini...aku bukanlah seorang yang sangat "addicted" untuk menulis didalam blog...meluahkan apa yang aku rasa..berkongsi idea..mahupun berkongsi rahsia :) mungkin terlalu kuat pengaruh "Muka Buku" mana taknya...semua yang seseorang "bloggers" perlukan ada didalam "Muka buku" malah...bagi aku...mempunyai tarikan dan mungkin pengaruh yang lebih hebat dan lebih luas disamping mempunyai rantaian pengikut samada yang kita kenali mahupun tidak.

Tapi aku rasa ada perbezaan antara dua dan aku tahu kalian semua tahu . Mungkin jawapan kita berbeza tapi mempunyai maksud yang sama.

Jadi aku rasa cukup sudah apa yang telah aku "luahkan" di dalam "muka buku" kini aku kembali...kembali untuk "berasmara" di dalam blog aku ini :)

Blog in perlu melalui sedikit pembaharuan agar terasa "Fresh" ..jadi...tunggu "kemunculan" semula the "Manggisboy"

Akhir penutup bicara..jaga diri kalian dengan sebaiknya kerna belum tentu ada orang lain yang dapat menjaga seperti mana kalian menjaga diri kalian sendiri :)

Ingat walau apa pun yang terjadi..Manggisboy tetap akan selalu mengingati kalian :)

Selamat Malam dan Assalamualaikum

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin