Sunday, July 31, 2011

Ramadhan Kembali Lagi

Birthday Addy





Some of the pictures taken during Addy's birthday makan-makan @ Delicious, Bangsar Village II.

mb, 01:14

Selamat Hari Jadi Addy


Ucapan Selamat Hari Jadi buat seorang adik, teman dan sahabat.

Moga panjang umur, dimurahkan rezeki, diberi kesenangan dan kemudahan selalu oleh NYA.

Selamat Hari Jadi Addy.

Gold or not to Gold?

It was 10 or 15 years ago aku kerap juga menemankan office mate aku ke kedai emas kerana she likes to trade new gold for old ones that she had...and having the latest design :) and those time if i'm not mistaken the gold is only @ RM37 ringgit that was back then and me having bought my first gold :) well not really first lah...2nd time like that the first one was gelang for my mom for her birthday but this time my first ever gold!!!

We were @ the same Habib Jewel Bangsar Village 1 or 2 months back and masa tu 1 gram cost only RM177 sahaja and last thursday ( kena bubuh date ni...28.7.2011 ) that same gold dah naik to RM188!!!! Imagine in one(1) month dah naik...ermm...6.21%!!! and bila aku kira semula peratusan naiknya harga emas ini dari RM37.50 ke RM188 dah lebih kurang 500%!!!!

Tapi takpe sebab atas dorongan LI dan juga niat untuk mula mengumpul emas aku teruskan jugak walaupun hasrat awal adalah untuk membeli yang hanya 5 gram sahaja..tapi atas desakan..waaaah!!! desakan...he he he...tapi juga atas kiraan aku bahawa lebih baik beli 10 gram dari 5gram aku teruskan juga...dan akhirnya...aku mendapat emas pertama aku :)

Dan menurut pemerhatian emas ni akan dijangka naik ke angka RM200 awal tahun ini!!!

Baiklah dibawah adalah Emas pertama yang aku beli dan insyaALLAH many more will come :)





Itu sahaja buat masa ini diluar guruh sudah mula berdentum..mungkin akan hujan ....mungkin juga tidak...walau apa pun selamat malam semua...tidor lena ya.

Assalamualaikum.

MB, 00:37

Tuesday, July 5, 2011

Happy

There are so many things that can make you or gives you this happy feelings :) Some you know the reason but there are a few that words can't explain..perasaan gembira itu datang secara tanpa disedari dan perasaan itu ada pada diri aku hari ini.

Dan ia terus memberi perasaan gembira pada diri ku :)

Sungguh, sampai ke saat ini...moga ia akan terus mekar didalam diri ku..InsyaALLAH.

Selamat Malam kepada kalian dan semoga hidup kalian terus diberkati oleh NYA.

Assalamualikom dan tidor lena.

11:33pm

Joe Ashkar - Habibet Alby / جو أشقر - حبيبة قلبي

And i am so loving this video...it gives good feeling listening to the melody :)

Sunday, July 3, 2011

"Kasih Ibu"

3rd July 1944

Hari ini 67 tahun yang lalu Emak ku dilahirkan.

Selamat Hari Lahir Emak.

Terima kasih kerana membesarkan dan terus terusan memberi kasih sayang yang tiada hentinya.

Hanya ALLAH SWT sahaja yang dapat membalas segala yang telah Emak berikan kepada kami semua.

Sayang Emak.

23:06

Saturday, July 2, 2011

13+

13+ ( thirteen plus ) ...some numbers kan...to some people this is a lucky number for them while others might only say this is just a number but for me...this is the number of how many Cik Menti yang kami ( kami = aku+2 adik lelaki ku ) berjaya halau dari stor rumah mak kami dan kami sama sama berusaha untuk mengemaskan stor rumah mak kami...dan memang kami tahu bahawa dalam stor ni memang ada Cik Menti :) .

Pada Hari Khamis lepas ( 30/06/2011 ) tatkala aku mahu "switch off" lampu stor tapi sebelum aku switch off the lights i took a peep to the stor and guess what, its not only me trying to peep inside but i saw 2 Cik Menti doing the same thing and looking straight back at me...ha ha ha...tenung jangan tak tenung...

Dan pada hari ini, 2 Julai 2011, operasi mengemas dan "memerangi" koloni Cik Menti ini pun bermula :)

Operasi bermula lebih kurang jam 3.30 petang...aku dan abid ( adik lelaki ku ) sama sama mengerja dan mengemas stor ini dan selang beberapa minit larilah se-ekor Cik Menti menyelamatkan diri. Kami sebelum itu telah membuat kepungan di luar pintu stor dengan menyusun papan dan apa sahaja agar bila Cik Menti ini lari keluar dari stor ini ia tidak akan terus ke dapur sebaliknya akan terus menuju ke luar rumah...idea yang bernas tapi amat memenatkan kerana tiap kali Cik Menti ini lari kami akan membetulkan semula kepungan ini.

Operasi ini mengambil masa selama 3 jam untuk mengemas sambil menghalau keluar Cik Menti tapi kami terlepas 2 ekor yang berjaya memboloskan diri mereka dari kepungan dan menyorok didapur...tak tahu lah mana depa menyorok.

Ketika Cik Menti yang ke 5 lari keluar kami ingat hanya setakat itu sahaja Cik Menti yang berumah di dalam Stor itu tetapi apabila se-ekor demi se-ekor keluar menyelamatkan diri dan lari lintang pukang ke luar rumah dan setiap kali itu jugalah aku membilang sehingga yang ke 13 atau mungkin lebih .

Macam macam perangai lucu ketika operasi ini dilakukan dan akhirnya operasi ke-2 iaitu operasi mengemas dan menyusun semula barang-barang distor dilakukan oleh emak dan kebat ( adik lelaki ku yang seorang lagi ).

Semua ini terasa amat memenatkan tapi "reward" yang kami dapat selepas itu iaitu makan malam adalah berlaukkan masak lemak perut dengan nangka dan sambal ikan..perrggghhh...amat berbaloi dengan kepenatan siang tadi.

Begitulah hari sabtu yang aku lalui, hari sabtu yang amat berbeda :) tapi akan terus diingati.

Baiklah..itu sahaja buat masa ini...tapi peperangan ini akan diteruskan tapi akan disambung oleh "Pest Control" company yang akan kami cari untuk penyelesaian terakhir.

Selamat Malam semua, ingat sayangi diri anda terlebih dahulu sebelum menyerahkan kasih sayang anda kepada orang lain :)

Manggisboy signing off for now.

Note :-

Cik Menti = t.i.k.u.s

Saturday / 22:42pm

Friday, July 1, 2011

2 In 1

Title di atas sudah menunjukkan bahawa dah lama aku tak update cerita dan jalan paling senang adalah masukkan 2 cerita sekaligus :)

1. Bag LV ( Title kan main kaaaan..he he he )

First Time aku tengok beg ni dari jauh lah....masa drive ke tempat wash car ( aku sekarang ni sangat malas nak basuh kereta tapi disebabkan ada pilihan...bayar aje lah )

Aku ni sebenarnya suka mengumpuk paper bag lah...dan sekarang ni aku suka mengumpul these bag yang made from i guess plastic tapi yang tebal sikit. Dijadikan cerita hari Rabu lepas i.e. 29/06/2011 setelah menahan "Gelora" ha ha ha selama 3 hari dari hari aku lihat bag ni tergantung kat kedai , cepat-cepat aku drive balik dan terus singgah ke kedai ni ( sebenarnya ini adalah kali pertama aku ke kedai ni dan tak sangka kedai ini menjual peralatan alat tulis )



2. Kasut Baru

Dah lama sebenarnya aku tak beli kasut baru dan pada hari Ahad lepas selepas bershopping di Carrefour dengan Mak dan Addy , kami pun singgah lah ke kedai BATA yang terletak dibawah Carrefour Ampang ni.

Design bagi aku sangat menarik, dan bila kasut ini disarungkan pada kaki aku, ternyata sangat lembut dan sangat selesa memakainya. Apa lagi aku pun teruslah ambil saiz 6. Si Addy terkial kial cuba saiz 11..walhal saiz tu memang tak muat untuk kaki dia yang bersaiz "Dianasour" he he he....sorry Addy u got to kecikkan your kaki :)

Lihat Kasut baru aku dibawah :-



Itu lah sahaja cerita 2 in 1 buat masa ini.

Aku harap dapat terus update blog ini sekerap yang mungkin tapi bergantung pada mood dan situasi :)

Jaga diri dan selamat berhujung minggu :)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin